Santapan lazat
Seluas dunia
Untuk jiwa
Untuk rasa
Pilihan pasti ada
Mana yang mahu
Untung .....
Bila yang dipilih
Menjernihkan minda
Melapangkan jiwa
Menerangkan hati
Rugi dan sia-sia .....
Jika yang dipilih itu
Menggelapkan masa depan
Minda sesak bak belantara
Jiwa haus tak pernah puas
Lemah seluruh jasad
Kerana rohani yang musnah
Kembali mencari abadi
Pilihan mengikut akal
Dan hati ....
Akal yang suci
Hati yang telah disirami
Cahaya Illahi...
No comments:
Post a Comment