Lama menyepi, bukannya lupa. Ingatan di hati tetap dipanjatkan pada yang Esa.
Berhenti sesaat untuk berfikir, merenung dan bermuhasabah adalah perlu....
Tenggelam atau timbul perjalanan tetap diteruskan. Berakit-rakit kita ke hulu, berenang-renang kita ke tepian...
Saturday, June 29, 2013
Tuesday, June 4, 2013
Bertangguh...jawabnya terbengkalai...
Sesibuk mana pun seseorang, pasti ada juga tugas wajib yang mesti diselesaikan.
Perancangan yang sistematik dan realistik perlu digariskan secara jelas.
Sambil berpijak di bumi nyata, harapan setinggi gunung untuk menggapai awan di langit.
Nikmati keindahan dan keseronokkan alam luas yang terbentang tanpa lupa kita adalah manusia yang diciptakan untuk dipertanggungjawabkan.
Thursday, May 30, 2013
Jom cepat.
Lewat sesaat rugi setahun....
Kerja bertangguh tidak akan menjadi.....
Berlumba-lumba mengerjakan kebaikan. Berlumba-lumba juga meninggalkan kemungkaran.
Menang bagi yang layak dan kalah juga bagi yang ketinggalan. Tiba masanya untuk maju dan memajukan diri dan sekeliling. Bukannya terperap di bawah selimut malas.
Bangkit melihat matahari yang mula menampakkan diri, sedikit demi sedikit hingga terpacak tinggi. Akhirnya merendah tenggelam menyembunyikan diri.
Beruntunglah mereka yang mengambil peluang sehari masa berkitar. Berulang dan berulang sehingga waktunya.....
Wednesday, May 29, 2013
Tuesday, May 28, 2013
Saudara adalah sahabat. Senang dan susah sama dirasa. Di saat orang senang, mungkin kita yang susah. Di saat kita susah, ada yang senang.....
Manisnya terasa bila sama-sama bergandingan di kala senang dan susah. Hikmahnya terasa bila sama-sama bersusah-susah membantu sesama kita. Moga ada rahmatNya. Redha yang dicari, syurga menanti.
Jalan kejayaan penuh onak dan liku...namun juga tersedia jalan indah yang menyeronokkan....
Lorong menjunam penuh godaan dan cabaran. Perlu azam dan semangat yang kental, hingga akhirnya kembali mencari jalan yang menemukan sinar bahagia....Monday, May 27, 2013
Pandangan Allah yang utama.
Pandangan manusia hanya di satu sisi.
Segala harapan hanya kepadaNya.
Semoga segala urusan dipermudahkanNya.
Dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat serta dijauhkan azab kubur dan neraka.
Hubungan dengan Allah yang utama.
Hubungan sesama manusia dijaga hanya keranaNYA.
Panjangkan persaudaraan, sebarkan salam. Senyuman mesra.
Maaf-memaafkan sesama kita.
Amalan terpuji, menceriakan hati. Murah rezeki....
Saturday, May 25, 2013
Cinta dan sayang ayah bonda terlalu mahal harganya. Tidak terbalas dengan dengan harta berjuta.
Sekalung doa anak soleh yang didamba, penyejuk hati dan juga mata. Berada di sisi ketika diperlukan. Memberi telinga bila dilafazkan. Peluk cium anak itu, tak kan sama peluknya seorang ibu, kasihnya seorang ayah.
Wahai anak......
Friday, May 24, 2013
Wednesday, May 22, 2013
Manusia selalu disibukkan dan terlalu sibuk dengan dunia. Hati mula berkarat, mengeras dan membeku. Justeru itu, kita perlu selalu mencairi dan membasahi hati-hati kita.
Terapi terbaik ajaran sunnah perlu menjadi amalan dan ikutan. Zikir dan salawat amat ringan dan mudah di dunia, jangan diabaikan. Benteng kukuh di hari pembalasan dengan timbangan padu.
Kitab suci panduan utama. Diperdengar dan diambil iktibar bagi mereka yang amat mengetahui dan menghargainya.
Pastinya berbaloi di hari akhirat daripada hanya mengejar emas dan permata di dunia.
Sambil menyelam sambil minum air.....
Kemenangan pasti milik kita semua.....
Tuesday, May 21, 2013
Monday, May 20, 2013
Beruntunglah sekiranya kita terhindar dari dosa dan hisab di akhirat. Kita bukan suci dari dosa selamanya.
Setiap saat dan tempat, perjalanan hidup kita berdepan dengan kesalahan-kesalahan yang tak terkesan, melonggokkan dosa-dosa dari sekecil-kecilnya.
Berbuat pahala juga mudah. Setiap saat dan ketika, kita diberi ruang olehNya untuk meninggikan gunung-gunung pahala hanya dengan ibadah yang tak disangka-sangka.....
Hindari kejahatan yang tidak kelihatan dan yang terzahir. Kejari kebaikan walaupun sedikit, apatah lagi berkejar-kejaran untuk yang besar-besaran....
Jaminan tidak rugi disahkan, selagi niat diperbetulkan dan sentiasa diperbaharui.....
http://www.ikimfm.my/?option=com_content&view=article&id=76&Itemid=69
Sunday, May 19, 2013
Allah penyebab kita ketawa bila gembira dan menangis bila berdukacita.
Jangan disalahkan orang lain...Insafi diri dan hisab diri sendiri.....Kenapa dan mengapa... Apakah pengajaran yang sebenarnya... Syukur dengan segala apa yang berlaku.
Hanya Allah yang Mengetahui SEGALA.... Bersangka baik dengan Tuhan...
Bersangka baik dengan sesama insan.....Positif dan optimis dalam meletakkan hala tuju.
Saturday, May 18, 2013
Ramai
insan berjasa di sekeliling kita, samada kita kenal mereka atau pun
tidak. Apatah lagi jika kita tidak semukim dan sezaman dengan mereka.
Jasa dan pengorbanan mereka tidak terkira. Berterima kasih sesama kita. Maafkan segala silap, kasih cintakan saudara seagama atas perintahNya.
Pasti ada hikmahnya...
Pen dan kertas menjadi buku. Kutub khanah semakin luas. Segalanya ada di situ. Kisah sejarah, pengalaman, realiti kehidupan, panduan dan impian.
Ujian mematangkan akal.
Bila kita gagal, sebenarnya kita banyak belajar untuk berjaya.
Ramai orang yang telah berjaya, bermakna ramai orang telah belajar. Tidak rugi sekiranya kita belajar daripada mereka.
Merendah diri untuk menuntut ilmu tidak sekali-kali akan menjadikan kita hina. Sebaliknya, meninggi diri, merasa sudah cukup hebat dan pandai menyebabkan diri kita terhina.
Saturday, May 11, 2013
Dunia adalah madrasah penerokaan ilmu yang harus dimanfaatkan.
Ilmu tak pernah habis sehingga tiba masanya kita pergi.
Kita perlu belajar dan amal.
Ilmu boleh dipelajari dari guru & sekolah, imam dan masjid, alam dan iktibar, kitab dan tinta, sejarah dan pengalaman.
Hari pertama di sekolah tinggal kenangan, namun ilmu kita masih belum cukup hingga hari ini.
Kita terus mencari....
Kita belajar dan mengajar, dididik dan mendidik
Hidup berlandaskan syariat, damai terasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)